Pages

Thursday, October 19, 2017

TRAY FISH N CHIPS


One dish meal yang tidak perlu pengenalan. Menu sedap ini boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan putih digoreng cara celup tepung atau cara disalut dengan breadcrumbs dan dihidang bersama potato chips, tartar sos dan coleslaw. Untuk mudah biasanya kita guna frozen dory yang boleh didapati di mana-mana mart tetapi untuk sedap pastinya ikan fresh seperti red snapper atau jenahak. Kalau ini biasanya saya akan minta tolong penjual ikan filletkannya.

Fish N Chips ini sedap dimakan panas-panas bersama perahan lemon




Fish N Chips

Yield: - lebih kurang 2 orang makan
One dish meal yang boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan di goreng cara celup tepung dimakan bersama potato chips dan tartar sos

  • 2 ikan dori sederhana besar
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • tepung gandum secukupnya

Cara perap:

  1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
  2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
  3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.
Bahan batter/adunan:

  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/4st soda bikarbonat
  • serbuk kunyit
  • garam
  • tepung gandum secukupnya
Cara:

  1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
  3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  4. Sedia dihidang dengan kentang goreng  coleslaw, lettuce, dan tomato segar.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...