Pages

Thursday, October 12, 2017

PUDING JAGUNG KASTAD


Hmmmm lemak berkerim gitu, lembut dan sedap itu gambaran pudding ini. Memang popular terutama di bulan Ramadan bukan kerana ianya mudah disediakan tetapi juga bahanya mudah. Pudding ini paling sedap dimakan sejuk-sejuk. Jika inginkan ketulan jagung pada pudding jangan diblend bahannya tetapi saya memilih untuk blendkan jagungnya kerana saya inginkan potongan yang kemas

Pudding enak ini sesuai sebagai pencuci mulut





Pudding Jagung Kastad

Yield: - lebih kurang 10 orang makan
Pudding mudah lemak dan berkerim menggunakan tepung kastad jagung manis dan susu cair
  • 1 tin jagung manis
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan santan
  • 1 tin susu sejat
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 tin air - guna tin susu sejat tadi
  • pewarna kuning - opsyenal


Cara Membuat Puding Jagung Kastard


  1. Masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.
  2. Selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian masukan air kedalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur jika ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning
  3. Kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.
  4. Biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. 


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...