Pages

Wednesday, July 26, 2017

GULAI IKAN MASIN



Gulai Ikan Masin ini kalau masak di rumah memang bahaya ada tendency untuk ulang mengulang ha...ha lauk kegemaran saya. Paling sedap jika dapat ikan talang atau kurau masin, campurkan antara isi dan tulang. Saya suka masukkan hirisan nenas, keledek, terung dan kacang panjang. Lauk jika di gukan dengan ikan cencaru sumbat dan sup su'on memang boleh tersandaq di kerusi dibuatnya.


Gulai Ikan Masin


  • 500 g ikan talang asin direndam dahulu
  • 2 biji keledek sederhana saiz di potong 4
  • 3 biji terung hijau dibelah dua/empat
  • 1/2 biji nenas dihiris nipis
  • 2 tangkai  kacang panjang dipotong 2' panjang
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 packet rempah gulai ikan masin
  • garam secukup rasa
 Bahan Tumis

  • 5 ulas bawang putih dihiris halus
  • 9 biji bawang merah dihiris halus
  • 1 sdt jintan manis
  • 3 tangkai cili kering dipotong 2" panjang
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 sdb minyak masak

Cara Menyediakannya


  1. Masukkan air, rempah kari ikan masin dan ikan talang dan keledek dalam periuk dan masak sehingga ubi agak empuk
  2. Masukkan santan dan sedikit garam.
  3. Biar seketika sehingga santan masak.
  4. Masukkan terung, nenas dan kacang panjang
  5. Perlahankan api dan renehkan seketika
  6. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.
  7. Angkat dan curahkan kedalam kuah yang direnehkan tadi
  8. Sudah siap dihidangkan

    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...