Pages

Wednesday, January 18, 2017

KEPAK AYAM GORENG BEREMPAH


Asalnya hendak buat BBQ aleh-aleh tak jadi so saya perap kepak ayam yang dibeli dengan resipi di bawah untuk membuat ayam goreng berempah. Ayam goreng berempah ini popular makan bersama nasi kukus atau diratah begitu ajer. Sudah terlanjur buat ayam goreng ini saya tanak sedikit nasi buat nasi lemak. Memang kombinasi yang cantik dan cukup menyelerakan


Kepak Ayam Goreng Berempah

    • 1/2 ekor ayam-potong ikut suka, dibersihkan dan toskan.(saya guna kepak ayam) 
    • 1 labu bawang besar* 
    • 3 ulas bawang putih* 
    • 5 ulas bawang merah* 
    • 2 inci halia*
    • 2 inci lengkuas* 
    • 1 inci kunyit hidup* 
    • 1 sudu besar serbuk kari daging*
    • 1/2 sudu besar serbuk cili* 
    • 5 batang serai-dihiris kasar* 
    • 1 sudu besar biji ketumbar * 
    • 1 sudu besar jintan manis* 
    • 1 /2 sudu besar jintan putih* 
    • 1 sudu besar lada hitam*(kisar halus bahan beranda*) 
    • Garam secukup rasa dan sedikit gula
    • 2 tangkai daun kari Minyak secukupnya untuk menggoreng


    CARA-CARA

    1. Gaulkan ayam dengan bahan2 kisar, garam dan gula..
    2. Perap selama 1-2 jam. 
    3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga separuh masak,Taburkan daun kari dan goreng hingga ayam betul2 masak.
    4. Angkat ayam dan tapis serdak...sedia untuk dihidangkan...
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
      nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...