Pages

Thursday, January 19, 2017

CHOCOLATE SLICE WITH CHOCOLATAE CREAM CHEESE FROSTING



Ramai homebaker menggunakan resipi kek chocolate ini makanya saya terpanggil untuk mencubanya. Reispi dari Azlita Masam Manis ini memang cukup moist dan sedap Untuk frosting kek ini saya menggunakan Chocolate Cream Cheese Frosting nyata fit well dengan kek ini.


Kek Chocolate dan Chocolate Cream Cheese
Bahan A
  • 300 gm tepung gandum
  • 100 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat


  1. Satukan semua bahan
  2. Kemudian ayak
  3. Ketepikan
   
Bahan B
  • 3 biji telur A saiz
  • 400 gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla

 
Bahan C
  • 250 ml susu cair
  • 250 ml minyak jagung


Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
  • 250 ml air panas


  1. Satukan semua bahan B
  2. Pukul hingga putih
  3. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
  4. Pukul hingga sebati
  5. Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon
  6. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. 
  7. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
  8. Tambahkan air panas dan gaul rata
  9. Adunan yang telah di gaul rata
  10. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak 
  11. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
  12. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.

Chocolate Cream Cheese Frosting
  • 250 g cream cheese
  •   50 g mentega
  • 3 cawan gula ising
  • 1/2 cawan serbuk kok
  • esen vanilla

  1. Pukul cream cheese dan mentega sehingga gebu
  2. Satukan gula ising dan serbuk koko
  3. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan cream cheese sehingga habis
  4. Masukkan esen vanilla dan siap untuk disapu diatas kek



      Notes


      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
      nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...