Pages

Saturday, October 21, 2017

ALMOND SUGEE CAKE


Serious kek ini memung sedap, membuatnya juga unik lain dari cara membuat kek biasa. Kek yang siap dipukul gebu diperap dalam fridge selama dua jam baru dimasukkan kuning telur dan putih telur secara berasingan

Tektur kek memang berat, rasanya pula lemak mungkin kerana banyak kegunaan serbuk badam didalam. Kek yang siap di frost dengan buttercream...memang mantop sebagai juadah minum petang.

Resipi ini adalah 100% adaptasi dari cooking channel http://themeatmen.sg/almond-suji-cake/ 



Almond Sugee Cake

Yield: - lebih kurang 1 loyang 8"

  • 250g butter
  • 180g castor sugar
  • 50g plain flour
  • 120g semolina
  • 120g ground almonds
  • ½ tsp vanilla paste or essence
  • 6 egg yolks
  • 2 egg whites

Butter icing:


  • 150g butter
  • 300g icing sugar
  • 2 tbsp milk

Steps:

In a mixing bowl, cream butter and castor sugar until light and fluffy.

Fold in plain flour, ground almonds and vanilla paste or essence. Cover and let it rest for at least 2 hours, but not more than 6 hours.

Preheat oven to 180C. Grease and line 1 20cm square baking pan.

Add egg yolks to the rested mixture and mix well.

Set batter aside.

In a clean bowl, whisk egg whites until soft peaks form. Fold beaten egg whites into batter.

Pour batter into prepared baking pan and bake for 30 minutes or until a skewer inserted into the centre of cake comes out clean.

Leave cake to rest in pan for 10 minutes before removing to cool completely on a wire rack.

Prepare butter icing. Beat butter in a large bowl until softened. Add half of the icing sugar and beat until smooth. Add remaining icing sugar and milk and beat until mixture is smooth and creamy.

Spread butter icing over top of cooled cake,. Slice and serve.

    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Thursday, October 19, 2017

    TALAM MAKARONI BAKAR BERLAUK


    Talam ini ibarat cinta pandang pertama, ha...ha pertama kali tenguk Chef Wan membuatnya terus jatuh cinta dan keesokan harinya terus membuat, kebetulan semua bahan yang diperlukan ada. Talam ini dilapisi makaroni dan daging kisar. Pedas dan lemak cukup sesuai buat minum petang atau buat sarapan pagi

    Sedap dihidang panas-panas bersama sos cili



    Talam Makaroni Berlauk

    Yield: - lebih kurang  12 biji
    Talam Makaroni Berlauk resipi Chef Wan ini memang sedap, makaroni dilapisi dengan filling daging
    Bahan-bahan untuk membuat inti :

    ● 350 gm daging kisar (dicincang halus)
    ● 3 sudu besar rempah kari daging
    ● 3 ulas bawang putih (dikisar)
    ● 2 cm halia (dikisar)
    ● 1 bawang besar (dipotong)
    ● 1 tangkai cili merah (dicincang)
    ● 1 genggam daun ketumbar (dipotong)
    ● 2 sudu besar marjerin Amor
    ● Sudu & garam untuk rasa
    ● ¼ cawan stok ayam/daging
    ● 3 daun bawang (dihiris halus)

    Cara memasak inti :

    1. Panaskan marjerin  dalam kuali. Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih.
    2. Apabila sudah nampak kuning dan wangi, masukkan cili, daging kisar dan rempang kari daging pula. Gorengkan daging sehingga garing.
    3. Letakkan daun bawang dan daun ketumbar. Taburkankan garam dan gula untuk rasa. Teruskan masak selama 10 minit sehingga daging kering.
    Bahan-bahan untuk membuat kastad :
    ● ¾ cawan tepung serbaguna
    ● 3 cawan susu
    ● 5 biji telur (dipukul)
    ● Garam dan lada sulah untuk rasa
    ● 150 gm marjerin  (dicairkan)
    ● 5 tangkai daun bawang
    ● 1 cawan bawang goreng

    Cara penyediaan kastad:

    1. Dalam mangkuk besar, masukkan telur lalu pukulkan telur tersebut dengan sedikit garam. Kemudian, masukkan marjerin , dan tepung. Pastikan adunan tidak bergumpal.
    2. Seterusnya, masukkan susu sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi. Jangan terlalu cair.
    3. Akhir sekali masukkan daun bawang.

    Bahan-bahan lain:
    ● 250 makaroni (direbus)

    Cara penyediaan kastad daging berempah :

    1. Masukkan sebahagian daripada kastad ke dalam acuan yang telah digris dengan marjerin terlebih dahulu.
    2. Letakkan makaroni rebus ke dalam acuan dan taburkan sedikit bawang goreng ke atasnya. Masukkan inti daging pula lalu tuangkan kastad ke atas nya.
    3. Bakar pada suhu 180 darjah selsius dalam 20 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di keluarkan. 


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    TRAY FISH N CHIPS


    One dish meal yang tidak perlu pengenalan. Menu sedap ini boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan putih digoreng cara celup tepung atau cara disalut dengan breadcrumbs dan dihidang bersama potato chips, tartar sos dan coleslaw. Untuk mudah biasanya kita guna frozen dory yang boleh didapati di mana-mana mart tetapi untuk sedap pastinya ikan fresh seperti red snapper atau jenahak. Kalau ini biasanya saya akan minta tolong penjual ikan filletkannya.

    Fish N Chips ini sedap dimakan panas-panas bersama perahan lemon




    Fish N Chips

    Yield: - lebih kurang 2 orang makan
    One dish meal yang boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan di goreng cara celup tepung dimakan bersama potato chips dan tartar sos

    • 2 ikan dori sederhana besar
    • serbuk lada hitam
    • garam
    • tepung gandum secukupnya

    Cara perap:

    1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
    2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
    3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.
    Bahan batter/adunan:

    • 1 cawan air
    • 1 biji telur
    • 1/4st soda bikarbonat
    • serbuk kunyit
    • garam
    • tepung gandum secukupnya
    Cara:

    1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
    2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
    3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
    4. Sedia dihidang dengan kentang goreng  coleslaw, lettuce, dan tomato segar.



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    BUTTER COOKIES /MELTING MOMENT


    Butter Cookies atau Melting Moment ini hanya menggunakan empar bahan sahaja dan menarik cookies ini ia tidak menggunakan telur. Tekturnya cukup ranggup dan cair di mulut...dan sebab itu juga ia di panggil melting moment. Untuk mendapatkan rasa yang hebat pastinya kita perlu menggunukun pure butter seperti Anchor atau SCS.

    Cookies ini cukup sesuai dihidangkan sebagai menu English Tea.



    Eggless Butter Cookie

    Yield: - lebih kurang 20 - 25 biji
    Cookies tanpa telur ini begitu rapuh dan cair dimulut. Memang sedap terutama jika menggunakan butter yang berqualiti tinggi

    • 175g unsalted butter, 
    • 40g gula icing 
    • 1/2 teaspoon pure vanilla extract
    • 175g tepung
    • 40g tepung jagung

    Cara Menyediakannya

    1. Pukul butter dan gula sehingga gebu
    2. Masukkan 1/2 tepung dan pukul sehingga sebati
    3. Matikan mixer dan masukkan baki 1/2 daripada tepung dan kaup menggunakan spatula sehingga betul-betul sebati dan rata
    4. Panaskan oven pada suhu 180 c
    5. Masukkan adunan yang sudap siap tadi kedalam piping beg berserta nozzle 1M pipekan bentuk rossett
    6. Bakar selama 15 minit dan biarkan sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari dulang pembakar,
    7. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara




    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.



    Thank  You.-

    MASAK LOMAK BUNCIS UDANG


    Satu kebiasaan saya bila masak masak lomak saya suka masukkan sayuran, senang 2  in 1, dan tak payah fikir pasal sayuran lain. Sebenarnya banyak jenis sayur yang boleh dijadi bahan untuk masak lomak ini tetapi saya memilih buncis kerana ia bersesuaian dengan udang. Saya memasak kali ini dengan cara menumis simple tetapi jika sukakan pedas bolehlah masukkan cili padi

    Lauk sebegini sesuai digukan dengan sambal belacan dan ikan masin




    Masak Lomak Buncis Udang

    Yield: - lebih kurang 5 orang makan

    Masakan harian yang menyelerakan disediakan.

    • 1 genggam kacang buncis (dipotong serong serong)
    • 8-10 udang (sederhana besarnya)
    • 1 biji cili merah.(hiris)
    • 3-4 ulas bawang merahl (hiris)
    • 2 ulas bawang putih (hiris)
    • 2 cawan santan
    • 1/2 sudu serbuk kunyit
    • garam


    1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
    2. Masukan udang dan kacau hingga udang menjadi kemerahan.
    3. Masukan santan dan serbuk kunyit dan garam. (masukan serbuk perasa lain jika perlu) Masukan kacang buncis dan cili, renih seketika hingga kacang menjadi lembut.




    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Wednesday, October 18, 2017

    NUGGET MEE INSTANT


    Mie segera yang dijadikan snak, Cara membuatnya cukup mee dimasak seperti biasa dan boleh dimasukkan apa bahan sekalipun mengikut selera kita. Mie yang sudah dimasak ini ditoskan kuahnya sehingga kering kemudian dimasukkan telur yang dikocok dan sedikit tepung. Campuran mee ini kemudiannya dikukus sehingga masak. Bila sudah masak disejukkan dan dipotong mengikut kube. Potongan mee ini kemudian disalut dengan breadcrumbs dan digoreng kekuningan

    Nugget Mee Instant ini sedap dimakan panas-panas bersama cili sos atau mayo




    Nugget Mie Segera

    Yield: - lebih kurang 20  biji

    Snak mudah diperbuat daripada mie segera. Mudah menyediakan dan sedap dimakan panas-panasm bersama cili sos

    •     2 bungkus indomie goreng
    •   4 butir telur
    •   1/2 cawan carrot parut
    •   100 g udang dicincag
    •  1/2 cawan daun bawang       dicincang
    •  1/2 sdt lada sulah
    •  2 sdm tepung

    Bahan pelapis (optional):

    •    2 butir telur
    •    tepung roti
    •   1 sdt garam

    Cara Membuatnya
        

    1. Rebus mie,carrot dan udang seperti biasa. Toskan.
    2. Kocok telur dengan semua bumbu mie instan dan tepung hingga tercampur rata. Masukkan mie instan rebus dan daun bawang. Kukus hingga masak atau  selama 15 minit.
    3. Biarkan sejuk atau hingga adonan padat, setelah itu potong-potong kotak.
    4. Kocok telur dan campur garam. Siapkan tepung roti. Masukkan nugget ke telur dan gulung ke tepung roti, goreng dengan api sedang hingga kecokelatan agar matang hingga 



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Monday, October 16, 2017

    MEE SANGGUL UDANG


    Saya suka stand by mee, kalau stand by mee basah akan cepat rosak mee ini cukup sesuai kot-kot emergency dan perut tiba-tiba berkeroncong. Menyediakannya sama aje macam mee-mee yang lain cuma mee ini perlu direndamkan terlebih dahulu. Bahan perencah dan sayuran semuanya ikut selera kita





    Mee Sanggul Udang

    Yield: - lebih kurang 5 orang
    Mee kering yang direndam untuk melembutkannya dan digoreng. Banyak variasinya pedas, kicap mengikut selera


      • 1 peket mee sanggul - rendam sampai lembut
      • 3 ulas bawnag putih - diketuk
      • 3  sudu besar cili kisar *
      • 2 sudu besar sos cili*
      • 1 sudu besar sos tomato*
      •  1 sudu besar kicap* 
      • 200 g udang, ayam (ikutlah nak letak apapun,cuma 2 pokok sawi
      • garam dan gula secukup rasa sedikit minyak untuk menumis

      Cara2 


      1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi. 
      2. Masukkan udang, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect) perisakan dengan garam dan gula secukupnya pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau sebati masukkan sawi.kacau sebentar. padamkan api. sedia untuk dihidangkan





      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


      Thank  You.-

      TRAY BAKED NACHOS


      Saya mempunyai satu habit kalau ingin sesuatu perlawanan atau pertandingan biasanya peringkat akhir yang selalu penuh dengan drama atau thrill tak kira sukan, nyanyian atau apa-apa yang suspen perlu ada sesuatu didepan TV untuk mengonyel....nachos ini adalah one of it...ha..ha this Mexican snak tak banyak kerenahnya, masuklah apa sahaja tetap sedap sebab nachosnya sudah memang sedap.

      Resipi ini saya menggunakan daging kisar yang tumis, ala2 spaghetti sos dicurah atas nachos ditabur dengan cheese dan bakar. Nachos yang sudah siap dibakar ditabur pula dengan salsa wala memang mngasikkan dan susah nak stop...Untuk nachosnya saya menggunakan brand mission.


      Tray Baked Nacho

      Yield: - lebih kurang 5  orang makan
      Mexican snak atau appetizer yang semakin mendapat tempat di negara ini. Mempunyai banyak variasi mengikut selera 
      2 pak corn tortilla chips - saya guna brand mission

      Bahan daging:
      • 1 sdb minyak untuk menumis
      • 1 biji bawang bombay, cincang halus
      • 3 ulas bawang putih, cincang halus
      • 250 gram daging  cincang
      • 1/2 sdt oregano 
      • 1/2 sdt teh jintan 
      • 2 sdt serbuk cili (optional)
      • 1/2 sdt serbuk lada hitam
      • 2 sdb saus tomato
      • 50 ml air
      • 2 biji hijau buang bijinya dan cincang halus (optional)
      • Garam dan gula secukup rasa

       Bahan saus salsa/Taburan
      • 1 biji cili merah besar, buang bijinya dan cincang halus
      • 1 biji cili  hijau besar, buang bijinya dan cincang halus
      • 2 biji tomat merah potong dadu
      • 1/2 cawan buah zaiton
      • 1 cawan mozarella cheese parut

      Cara membuat:
      1. Panaskan minyak. Tumis bawang bombay hingga harum dan transparan. Tambahkan bawang putih, tumis hingga harum dan matang. Masukkan cincangan daging kacau dan tumis hingga daging berubah warna menjadi tidak pink lagi. 
      2. Masukkan jintan oregano cili serbuk, lada sulah , sos tomato kacau hingga rata dan tumis selama 1 minit. 
      3. Tuangkan air, masak hingga air mengering. Masukkan gula, garam dan cili rasa dan angkat
      4. Letak tortilla di dulang bakar taburi daging, dan sedikit keju parut (optional), 
      5. Bakar selama 15 -20 minit atau sehingga keju cair
      6. Keluarkan dan tabur hirisan tomato cili dan buah zaiton
      7. Siap dihidang

      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


      Thank  You.-

      TEPUNG PELITA CUP


      Kata orang dalam hidup ini kita kena ada Plan A dan Plan B, jika satu tidak menjadi kita tidak akan terduduk kerana kita ada Plan B back up nya. Sama juga situasi Tepung Pelita ini. Kuih tradisi ini biasanya disediakan dalam daun pisang tapi kini diolah dengan menggunakan cawan jika berhadap dengan situasi susah mencari daun pisang. 

      Kue ini mempunyai dua lapisan, lapisan pandan dan lapisan santan. Lemak dan sedap, memang favourite saya




      Tepung Pelita Cup

      Yield: - lebih kurang 6 cup
      Kuih tradisi yang biasanya disediakan dalam daun pisang tapi kini diolah dengan menggunakan cawan jika berhadap dengan situasi susah mencari daun pisang. Kue ini mempunyai dua lapisan, lapisan pandan dan lapisan santan. Lemak dan sedap
      Lapisan hijau @ bawah :
      • 1 cawan tepung beras
      • 1 cawan gula
      • 5 cawan air 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit


      Lapisan putih @ atas :
      • 4 sudu besar tepung beras - ratakan
      •  1 biji kelapa diperah jadi4 cawan santan  sedikit garam 


      Cara : 
      1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. 
      2. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ). Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap. 
      3. Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ). 
      4. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan. 


        RECIPE SOURCE:  Kongsi resipi. com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


        Thank  You.-

        Thursday, October 12, 2017

        TAHU GORENG SAMBAL KICAP


        Tidak tahu asal usul hidangan ini tetapi saya mula belajar memakannya dari roomate saya orang Johor . Kawan saya ini memang top dengan sambal kicapnya, pendek kata sentiasa ada stok dengannya dan apa sahaja dimakan dengan sambal kicap. Antara banyak-banyak hidangan sambal kicap yang saya belajar dari kawan saya ini, hidangan inilah yang paling saya sukai ringkas dan sedap

        Hidangan ini boleh dimakan begitu aje atau dijadikan lauk




        Tahu Goreng Sambal Kicap

        Yield: - lebih kurang 10 orang makan
        Tahu Goreng Sambal kicap ini sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk
        Tahu Goreng
        • 10 keping tahu potong ikut suka dan goreng
        • 1 biji timun dihiris nipis memanjang
        • 1 genggam taugeh dicelur


        Sambal Kicap
        • Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana)
        • Bawang Putih 1 ulas
        • Kicap
        • Sedikit Garam dan Gula


        Cara-Cara nya
        1. Rebu dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris)
        2. Masukkan dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend
        3. Siap, curah atas tahu goreng



        Cara Menghidangnya

        1. Susun tahu goreng atas pinggan
        2. Letakkan taugeh celur dan hirisan timun
        3. Curah sambal kicap




        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


        Thank  You.-

        You Might Also Like These

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...