Pages

Tuesday, December 06, 2016

RISOLE SARDINES


Risole memang terkenal di tanah seberang kue ini sesuai buat minum petang atau buat sarapan pagi. Kali ini saya menggunakan sardine sebagai isiannya. Sardine saya masak seperti sambal tumis sepaya hilang hanyirnya. Untuk muai saya masukkan dua biji kentang..

Selain dari makan begitu aje ia juga sesuai dimakan bersama mayo atau sos cili


Risole Sardine

  • 100 g Tepung 
     20 g Tepung jagung.
  • 1 biji Telur ayam 
  • se cubit Garam 
  • 1 sdb Minyak sayur
  • Air 300 ml.
 
Bahan isian:

  • 1 tin sardine kecil
  • 1  biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • 2 sdb cili pes
  • sedikit air asam jasa
  • garam secukup rasa
  • 2 sdb minyak masa


Bahan pencelup:

  • Telur ayam 1 butir, kocok lepas.
  • Tepung roti kasar 100 gr atau secukupnya.
  • Minyak goreng untuk menggoreng.


Cara membuat:

Kulit:

  1. Campurkan tepung, tepung jagung, garam menjadi satu. Gaul rata
  2. Tambahkan telur, kacau hingga rata sambil dituangkan air sedikit demi sedikit, lalu masukkan minyak sayur. Kacau adonan hingga licin.
  3. Rehatkan selama 30 minit agar telur, tepung, dan bahan cair saling mengikat.
  4. Kacau lagi adonan. Panaskan kuali leper dan diolesi minyak sayur terlebih dahulu. Tuangkan 1 sendok  sambil diputar. Masak sampai adonan kulit tidak melekat, angkat. Lakukan sampai adonan habis Buat kulit setipis mungkin dan adonan harus dikacau dulu setiap kali akan dituangkan ke kuali.


Isian: 

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan cili pes biarkan agak garing sedikit dan masukkan kentang dan sardine yang ditoskan sosnya
  3. Kacau sambil dipecah-pecah sardine dan biar sehingga kentang empuk
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kering sedikit dan angkat


Cara Menggulung

  1. Lembar kulit dadar, isi dengan bahan isian 
  2. Lipat seperti popiah. Rekatkan ujungnya dengan pukulan telur. Lakukan hingga adonan habis.
  3. Letakkan pukulan telur didalam piring , dan tepung roti diatas piring  yg lain.
  4. Ambil 1 adonan yg sudah dibentuk, celupkan ke dalam telur, gulingkan ke serbuk roti. Lakukan hingga semua habis. 
  5. Simpan dalam fridge lebih kurang1 jam. Keluarkan biarkan hingga suhu normal.
  6. Panaskan minyak, masukkan risoles yg sudah sesuai suhu ruang. Masak hingga kuning keemasan.

Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...