Pages

Wednesday, December 21, 2016

PUTERI MANDI / PERMATA DELIMA


Istimewanya kue ini ia boleh disediakan dengan dua cara, membungkus atau menggunakan acuan lompang biasa. Jika ingin membungkus kedua-dua bahan harus dimasak terlebih dahulu manakala yang menggunakan acuan kedua-dua bahan dikukus serentak.

Inti kue ini dimasukkan hirisan nangka yang menaikkan aroma kue ini dan menambahkan kelemakan bila digabungkan dengan kelapa putih. Manakala kulitnya pula saya masukkan sedikit kentang lecek dan mentega pada bancuhan tepung pulut, ini membuat kue ini tidak terlalu liat seperti kue koci

Kue comel ini sesuai buat sarapan minum petang atau untuk hidangan majlis, sesuai juga diwarnakan mengikut warna pilihan


Kue Puteri Mandi/Permata Delima
BAHAN INTI:

  • 250 g kelapa parut putih
  • 200 g nangkam didadu halus
  • 100 g gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2  sdb tepung jagung

BAHAN ADUNAN PERMATA:

  • 250gm tepung beras pulut
  • 200 gm kentang lecek
  • 100 gm gula
  • 50 gm mentega
  • 125 ml air
  • Pewarna makanan merah, hijau dan kuning secukupnya

BAHAN ADUNAN PUTIH:

  • 650  ml santan pekat
  • 60   gm tepung beras
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Inti: 
Masukkan kelapa, gula pasir, garam, hirisan nangka dan tepung jagung dan kukus selama 30 minit. Sejukkan dan bila sejuk bulat2kan.

Adunan permata: 

  1. Bancuh tepung pulut, kentang lecek mentega dan air. Uli sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan pewarna hijau, kuning dan merah.
  2. Ambil secubit adunan, leperkan dan masukkan inti kelapa tadi. Bulatkan adunan dan masukkan ke dalam acuan lompang. Ulang sehingga habis adunan.

Adunan putih:
Bancuh kesemua bahan dan masak hingga naik wap. Ketepikan.

Bagi menyediakan kuih permata hati, 

  1. Panaskan periuk kukusan dan sapu acuan lompang dengan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan putih ke dalam acuan lompang yang telah diisi doh permata berwarna
  3. Kukus selama 20 minit atau sehlngga masak.
Notes

  1. Jika ingin membungkus kue ini macam di dalam gambar, bahagian putih kue hendaklah dimasak hingga pekat kemudian dimasukkan kedalam plastik yang dibuat corong dan masukkan bahagian merah yang telah dikukus
  2. Bahagian merahnya harus dikukus dahulu


      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...