Pages

Wednesday, June 22, 2016

KUE CARA MANIS


Kue ini dolu-dolu masa zaman sekolah suka main korek gulanya...ha...ha yang tepungnya ditinggalkan, sekarang tidak lagi malah menikmati sehabis-habisnya. Sedap kue ini kalau pandai balance santan dan daun pandan akan jadi lemak dan harum.

Bab paling  malas tentang kue ini ialah bila membakarnya, kena tunggu sampai habis dan tak leh sambil-sambil buat kerja lain takut hangus. Apa pun kue ini memang favourite buat sarapan pagi dan minum petang





Cara Manis

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa 
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya, sebagai inti
  • Garam secukup rasa 
  • Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA 

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. 
  2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. 
  3. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  4. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. 
  5. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  6. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. 
  7. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. 
  8. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...