Pages

Tuesday, June 21, 2016

BAWAL HITAM MASAK PESMOL


Pesmol merupakan masakan Sunda Indonesia yang merupakan resipi kegemaran keluarga. Resipi ini banyak menggunakan bahan aroma seperti daun salam, daun limau, serai dan lengkuas.

Buah keras diguna sebagai memekatakan kuah. Ikan untuk masakan ini biasanya digoreng terlebih dahulu. Ikan kembung  merupakan ikan favourite untuk masakan ini. Saya lebih gemar mengguna ikan bawal. Kepedasan bergantung kepada selera masing-masing.


Bawa Masak Pesmol

Bahan utama:
  • 1 ekor ikan bawal digoreng garam kunyit
  • 3 lembar daun salam
  • 1 ruas jari lengkuas, bersihkan dan memarkan
  • 4 batang serai dititik
  • 4 lembar daun limau purut
  • 8 biji bawang merah utuh 
  • 1/2  sdt lada sulah
  • 2 cawan air


Bumbu yang dihaluskan:

  • 15 biji cili padi
  • 3 biji cili merah 
  • 8 butir bawang merah
  • 4 butir bawang putih
  • 5 butir buah keras sangrai

    • 1 ruas halia
    • 1 ruas kunyit, bersihkan lalu bakar dengan api hingga wangi dan mengelupas


    Cara membuat ikan pesmol:

    1. Panaskan minyak kemudian tumis semua bumbu halus, lengkuas, serai, daun limau, daun salam, serta bawang merah utuh. Goreng hingga mengeluarkan aroma harum.
    2. Tuang air perlahan-lahan lalu kacau-kacau hingga mendidih.
    3. Masukkan penyedap rasa, gula pasir dan lada sulah kemudian kacau hingga kuah terlihat mengental
    4. Masukkan ikan yang sudah digoreng lalu biarkan kurang lebih 10-15 minit hingga bumbu meresap.
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...