Pages

Monday, November 02, 2015

MINI MAC & CHEESE CUPS / MUFFIN PASTA


Terlebih rebus makaroni..jadi saya buat mac n cheese mini cup ini. Cuma perlu buat saucenya, gaul dan bakar. Sajian seperti ini sesuai dibuat hidangan minum petang atau pun sarapan pagi. Bagi tekak orang kita sedap dimakan bersama cili sos.


Mini Mac & Cheese Cup

  • 2 cawan makarni masak
  • 2 sdb butter
  • 2 sdb tepung
  • 1 ½ cawan susu
  • 2 cawan keju parut
  • 50 g cream cheese
  • ½ sdt garam
  • ¼ sdt serbuk lada hitam
  • 1 biji telur dipukul

Instructions

1. Panaskan oven  400 F. 

2. Dalam periuk cairkan mentega. Masukkan teapung dan biar masak lebih kurang 1 minit dan perlahan-lahan masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan menjadi lincin

3. Masukkan 1 1/2 cawan keju parut  (simpan 1/2 cawan untuk tabur diatas nanti) sedikit demi sedikit sedikit sambil dikacau. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan krim cheese kacau sehingga lincin

5. Tuang adunan cheese kedalam mangkok makaroni yangtelah digaul dengan telur yang telah dipukul. Gaul rata sehingga makarni bersalut dengan adunan cheese

6 Sudukan adunan kedalam acuan muffin yang telah disapu dengan mentega, taburkan dengan baki cheese atau serbuk roti dan bakar selama 15 - 20 minit
    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...