Pages

Wednesday, August 12, 2015

LOMAK AYAM BELIMBING BULOH


Resipi favourite yang diulang berkali-kali pun tidak akan merasa jemu. Kali ini saya masukkan belimbing buloh. Masak Lomak cili padi memang sedap dimasukkan belimbing buluh terasa lemak-lemak masam.

Lemak dan pedas masakkan ini bergantung kepada citarasa masing, makanya santan dan cili padi boleh di adjut sendiri. Mantop dengan nasi panas bersama sambal belacan dan ulam ulaman.


Ayam Lomak Cili Padi Belimbing Buloh

  • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit disiat-siat
  • 10 biji belimbing buloh dibelah dua
  • garam / perasa pilihan


Bahan tumbuk:
  • 20-25 biji cili padi
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup


Cara:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
  3. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  4. Masukkan belimbing buloh
  5. Padamkan api dapur.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...