Pages

Saturday, April 18, 2015

KHAO NIAOW MA MUANG /MANGO STICKY RICE/PULUT MANGGA THAI


Mangga tengah bermusim sekarang...so rugi kalau tak buat Pulut Mangga..ha..ha..bukannya susah kukus pulut siapkan santanya,hiris mangga dan ngap.....Kalau agak terlebih rajin warnakan pulut, satu original satu perisa pandan. Kata kawan saya dari Bangkok hendak sedap santanya kena lemak dan pilihan mangga kena bagus. Saya guna mangga biasa aje. Apa pun dessert ini memang tearkenal seentero dunia.

Untuk penyediaan pulut saya lebih gemar untuk kukus dari tanak..senang..cara ini tidak perlu khuatir pulut akan lembik.



Pulut Mangga Thai

Untuk Pulutnya
  • 2 cawan pulut direndam semalaman
  • 1 cawan santan
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan

Cara Menyediakan

  1. Panaskan kukusan
  2. Bersihkan pulut dan masukkan dalam kukusan
  3. Masukkan daun pandan dan air separas pulut
  4. Kukus selama 30 minit.
  5. Keluarkan dan gaulkan santan yang dimasukkan garam.
  6. Kukus kembali lagi 15 minit sehingga masak.
Untuk Kuah Santan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 3 sdb gula
  • 1 sdb tepung beras
  • garam secukup rasa
  • daun pandan
Satukan semua bahan kacau diatas api kecil sehingga agak pekat angkat dan sejukkan

Cara Menyediakanya
Letakkan pulut di atas pinggan, hiris mangga dan curahkan kuah santan.



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...