Pages

Tuesday, February 03, 2015

PHILLY CARAMELISED ONION STEAK SANDWICH


Philly Steak Sandwich ini sebenarnya tidak mengandungi steak, steak yang digunakan dalam roti ini adalah hirisan daging yang samada dipanggang atau dibakar. Sandwich ini mendapat namanya dari cheese Philadelphia yang asalnya juga dari sana.

Sandwich ini biasanya digabungkan dengan cili bangla dan bawang besar yang digoreng. Sedap dan sungguh mengenyangkan.


Philly Caramelised Onion Steak Sandwich
Prep time 15

Cook time 25

Total time 45 minits

Untuk Rotinya

  • 2 bawang besar dihiris halus
  • 1 biji capsicium dihiris nipis
  • daun salad
  • Parutan Cheese
  • Mayo...
  • 2 roti baguette dibelah 2 dan dipotong 3
  • 2 sdb butter
Bawang besar digoreng sehingga kekuningan bersama 2 sdb butter angkat dan sejukkan

Untuk Dagingnya

  • 300 g daging batang pinang dihiris nipis
  • 2 sdb o HP atau so BBQ
  • 1 sdb serbuk lada hitam
  • 2 sdb minyak zaiton
  • garam secukup rasa
  1. Perap daging, lada hitam, HP sos dan garam lebih kurang 1 jam
  2. Panaskan minyak zaiton dan grill daging perap itu sehingga masak
  3. Angkat dan sejukkan
Cara Menyediakannya
  1. Roti disapukan dengan mayo
  2. Letakkan salad, daging, cili bengla, parutan cheese dan bawang yang digoreng tadi.

Recipe Source :- PATYSKITCHEN
 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...