Pages

Monday, February 02, 2015

CHICKEN CASHEW /AYAM GORENG GAJUS


Satu lagi resipi popular restoran Cina. Chicken Cashew atau ayam goreng gajus. Mudah dan sedap. Untuk resipi ini saya lebih selesa perap ayam dengan sosnya beberapa jam sebelum masak. Ini menjadikan ayam lebih mesra.

Isi ayam atau dada ayam cukup sesuai untuk resipi ini. Sedap dihidang bersama nasi panas.



Print

Ayam Goreng Gajus

YIELD: 4   PREP TIME: 15 minutes   COOK TIME: 2

  • 3 dada ayam dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 2 tangkai daun bawang dipotong 2"
  • 5 tangkai cili kering dipotong 3
  • 100 g gajus yang dipanggang
  • 2 sdb minyak masak
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 2" halia ditumbuk halus
  • 2 sdb tepung jagung bancuh bersama 2 sdb air

Bahan sos

  • 1 sdt minyak bijan 
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap pekat
  • 1 sdb kicap cair

Satukan semua bahan dan gaul pada ayam

Cara Menyediakkannya

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
  2. Masukkan ayam yang diperap dengan sos tadi
  3. Masak sehingga ayam agak empuk sedikit, tambah air jika perlu
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biar sehingga pekat
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili kering, daun bawang dan gajus, gaul rata dan angkat.




Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...