Pages

Saturday, January 17, 2015

WANTON NOODLES SOUP / MEE SUP WANTON


Menu "kopitiam" yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Biasanya disediakan di restoran Cina atau di kopitiam cafe. Susah hendak cari menu ini di cafe Melayu..so kalau berhajat maka kenalah berlajar membuatnya.

Sedap dimakan panas-panas dan sedap dihidang bersama cili jeruk dan sambal kicap.


WANTON NOODLES SOUP / MEE SUP WANTON
Prep/Rest
Cook time
Total time

Author: PATYSKITCHEN
Recipe type: Noodles/Chinese
Yield: 4 servings
Ingredients
Untuk Wantonnya
  • 1 paket kulit wanton
  • 300 g daging ayam kisar
  • 3 tangkai daun bawang dihiris halus
  • 1 sdb tepung jagung
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • sedikit bancuhan tepung jagung untuk dijadikan gam.
Untuk Supnya
  • 2 ketul tulang ayam ( dari 2 ekor ayam boleh didapati di pasar)
  • 2" halia dihiris bulat
  • 3 tangkai akar daun bawang
  • sedikit garam. lada sulah dan kube pati ayam
  • 1 sdt minyak bijan
Untuk Meenya
  • 2 paket mee wanton dicelur
  • 3 batang sawi hijau disiang dan dicelur
  • bawang goreng
  • minyak bawang putih
Instructions
  1. Untuk Wantonnya :- Campurkan semua bahan sehingga rata. Sudukan 1 sudu be1r d1n b1lut deng1n kulit wanton. Sapukan bancuhan tepung jagung dan klim tepinya.
  2. Untuk Supnya :- Rebus tulang dengan 1.5 liter air. Masukkan halia dan akar daun bawang. Rebu lebih kurang 1 jam.Masukkan pati stok ayam, garam dan lada sulah. Renjiskan sedikit minyak bian dan akhir sekali masukkan wanton. Jangan terlalu lama nanti wanton hancur
  3. Untuk Meenya :- Mee dan sawi dicelur secara berasingan. Masukkan ke dalam mangkok, tuangkan sup dan wanton. Taabur hirisan daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bawang putih. Hidang bersama sambal kicap atau cili jeruk

Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...