Pages

Tuesday, October 14, 2014

SOTO KEDIRI JAWA TIMUR


Can i said this is makanan Nusantara ? Cukup polular di Malaysia dan, Indonesia dan juga di Singapura. Rasanya soto ini memang tidak menjemukan. Banyak cara menyediakanya mengikut daerah di Indonesia tetapi di malaysia kita lebih gemar soto kuah bening seperti ini yang tanpa santan. mungkin menyediakanya mudah. 

Di sana soto dihidang bersama telur rebus..agak pelik sedikit bagi pengemar soto malaysia..tapi apa pun yang wajib ialah bergedil dan sambal kicap.

Soto Jawa


  • 1 ekor ayam dikerat empat dan dimasak bersama 3 mangkok air
  • Nasi Putih
  • Telur Rebus
  • Bergedil
  • Taugeh
  • Daun Bawang Daun Sup
  • Bawang Goreng
  • Sambal Kicap
  • Garam dan serbuk perasa


Untuk Kuah Soto
  • Air Rebusan Ayam
  • 3 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai dititik
  • 2" lengkuas


Bahan Rempah Soto
  • 2 sdb serbuk ketumbar
  • 1 sdb serbuk jintan
  • 1/2 sdb lada sulah
  • 1" kunyiy hidup
  • 2" halia
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih


Blend semua bahan sehingga menjadi pes basah dan halus

Cara Menyediakanya
  1. Renehkan air ebusan ayam tadi
  2. Masukkan Bahan rempah soto dan bahan blend
  3. Masukkan, garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara menghidangkannya
  1. Masukkan nasi kedalam mangkok dan curahkan kuah soto,
  2. Tabur ayam yang dicarik-carik, taugeh yang dicelur, telur rebus, daun bawang daun sup dan bawang goreng.
  3. Sudukan cili kicap dan siap dihidang


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...