Pages

Thursday, October 09, 2014

AYAM GORENG BEREMPAH


Ayam Goreng Berempah..selalunya dibuat bersama Nasi lemak...Untuk mendapat keenakanya sebaik-baiknya ayam diperap semalaman.  Mudah menyediakanya dan jika inginkan hasil yang cantek seeloknya serai dihiris halus-halus..tapi saya hiris biasa aje. Cukup menyelerakan dan merupakan resipi ayam yang cukup digemari.


Ayam Goreng Berempah


  • 1 ekor ayam potong 8
  • 1 labu bawang besar potong bulat
  • 3 tangkai daun kari
  • garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng


Bahan Perap
  • 5 batang serai dihiris nipis
  • 1" lengkuas
  • 1" kunyit hidup
  • 1 sdb jintan manis
  • 1 sdb jintan putih
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1 sdb serbuk kari
  • 5 ulas bawang putih
  • 2" halia


Blend semua bahan sehingga halus

Cara menyediakannya

  1. Lumurkan bahan perap pada ayam.
  2. Masukkan sedikit gula dan garam dan perap selama 1-3 jam
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan
  4. Angkat ayam dan tioskan minyaknya
  5. Goreng bawang besar dan daun kari sehingga layu dan taburkan atas ayam goreng tadi



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...