Pages

Monday, September 29, 2014

STUFF OMELETTE FOR BREAKFAST / DADAR SUMBAT BUAT SARAPAN


Kadang-kadang tekak ni hendak ubah selera juga..hari-hari nasi lemak, mee bihun bosan jugakan..Sekalai sekali nak juga merasa breakfast Om Putih..biasanya menu-menu begini kita lebih selesa bersarqapan dihotel dari membuat sendiri..tetapi sebenarnya tidak susah menyediakan omelette sebegini. Saya setiap kali menginap dihotel dan jika hotel ada menyediakan breakfast saya pasti tidak ketinggalan...bukan apa cuma hendak mencari idea dan melihat cara pengurusan hotel menyediakan breakfast. Omelette ini adalah hasil pemerhatian saya tapi omelette saya tidaklah secantik dan sehebat hotel..ialah buatnya pun boleh kira berapa kali dalam setahun. Omelette yang cantik memerlukan kemahairan juga.

Apa pun alhamdulillah sekadar buat makan anak beranak ok lah gini. Untuk intinya boleh guna apa aje..semua bergantung kepada selera masing-masing. Cheesy omelette ternyata sedap...lebih-lebih lagi jika kita menikmatinya ketika masih panas lagi.




Cheesy Stuff Breakfast Omelette


  • 2 biji telur
  • 2 sdb susu segar
  • 1 sausage dipotong dadu kecil
  • 1/2 biji buah tomato dipotong dadu kecil
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu kecil
  • 1/2 cawan campuran cheddar dan mozarella parut
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 1 sdb minyak masak


  1. Pukul telur dan masukkan susu, garam dan lada sulah
  2. Panaskan minyak dan curah adunan telur
  3. Biar seketika agak2 permukaan hampir kering
  4. Masukkan sausage, tomato bawang dan akhir sekali cheese
  5. Tutup sebelah telur atau pun digulungkan
  6. Taburkan cheese lagi diatas dan siap dihidangkan


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...