Pages

Tuesday, August 19, 2014

SIAKAP 3 RASA - MY WAY


Ikan 3 Rasa ini selaluna menjadi favourite dengan ikan siakap. Resipi dikebanyakkan restoran Thai atau Cina. Biasanya kalau makan diluar boleh mencecah sampai RM30 ke atas mengikut saiz ikan..tetapi kalau dibuat sendiri mungkin boleh jimat banyak. Ikan siakap pun baaanyak dan murah sekarang ini. 

Resipi ini boleh dipelbagaikan..ada yang letak daun limau, ada yang letak serai..saya lebih suke simple dan tidak terlalu sarat. Memadai dengan nenas cincang yang menaikkan rasanya bila disatukan dengan bawang putih dan sos.

Siakap 3 Rasa



  • 1 ekor ikan siakap dibasuh bersih
  • 2 sdb tepung jagung
  • sedikit garam


Goreng cara deep fry angkat dan ketepikan.

Bahan untuk tumis dan ikan

  • 1 biji bawang besasr dihiris bulat
  • 1 cawan nenas cincang
  • 1 biji cili tomato dihiris nipis
  • 9 biji cili padi dihiris nipis
  • 3 sdb cili kisar
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 sdb minyak masak
  • 1/2 cawan air


Bahan sos

  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sdb sos cili
  • 1 sdb sos ikan


Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar 5-7 minit.
  2. Masukkan bawang putih dan cili padi biar sehingga naik baunya
  3. Masukkan air, garam, gula dana bahan sos..biar seketika.
  4. Masukkan nenas dan tomato hiris..biar seketika dan rasa..pastikan rasana balance antara masam, pedas dan manis
  5. Boleh tambah air jika ingin berkuah
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar
Note : Kalau suke perasa limau boleh masukkan daun limau purut.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN


all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...