Pages

Sunday, July 06, 2014

SAMBAL GORENG JAWA


Masakkan yang tidak perlu diperkenalkan, ramai yang tahu dan ramai yang sukakan. Terdapat berbagai variasi ada yang basah dan ada yang kering. Saya suka kedua-duanya. Lauk yang sesuai digandingkan dengan apa-apa lauk sekali pun tetapi yang paling best kalau dapat diganding dengan nasi ambeng. Boleh juga gunakan udang hidup, hati ayam mahupun ikan bilis tetapi kalau dapat petai..perghhh lagi sedap.

Lama tidak membuatnya so hari ini saya jadikan juadah berbuka puasa hari ini...SELAMAT BERBUKA

Sambal Goreng Jawa
  • 2 keping tempe dihiris kepingan dan goreng garam kunyit
  • 2 keping tahu digoreng dan dipotong kecil
  • 2 biji cili merah dihiris menyerong
  • 2 biji cili hijau dihiris menyerong
  • 2 biji bawang besar dihiris halus
  • 11 tangkai kcang panjang dihiris menyeronger dahulu
  • 1 genggam su'on direndam
  • 2 biji kentng dihiris nipis dan goreng dahulu
  • 3 batang fucuk dipotong 1" panjang dan rendam
  • 1 batang serai dititik
  • 1" lengkuas dititik
  • 1/2 cawan santan
  • 200 g udang hidup dibersihkan
  • 5 sdb minyak masak
  • garam, kicap dan gula secukup rasa


Bahan Tumis
15 tangki cili kering
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Blend semua bahan sehingga halus

Cara Membuatnya

  1. Panaskn minyak dan tumis bawang besar, cili hijau dan cili merah sehingga naik baunya Masukkan bahan yang diblend tadi sehingga agak garing
  2. Masukkan serai dan lengkuas yang dititik
  3. Masukkan udang hidup, garam gula dan kicap
  4. Masukkn kacang panjang biar seketika
  5. Masukkan semu bahan yang digoreng tadi
  6. Akhir sekali msukkan su'on. fucuk dan santan
  7. Goreng dan kaup-kaup rata

Notes

Adapted from - PATYSKITCHEN

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...