Pages

Monday, June 30, 2014

NASI DAGING AIR ASAM


Juadah yang cukup sesuai buat buka puasa. Nasi Daging ini cukup popular di sebelah utara tanah air. Gandingan mantap nasi daging ini ialah Air Asam. Boleh juga disajikan bersama lauk-pauk lain seperti dalca.

Nasi Daging Air Asam

  • 1 kg daging – dipotong agak besar (12 – 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian. 
  • 1 kg berasmathi  Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti. Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1.
  • 3 sudu besar kimball tomato sup.
  • 3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.
  • Garam secukup rasa.
  • Bawang Goreng untuk ditaburkan.
Bahan-Bahan Untuk Menumis:

  • 1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5  sudu besar).
  • 2 sudu besar minyak sapi.
  • 2  sudu besar rempah daging.
  • 1/2  sudu kecil Jintan Manis.
  • 1/2  sudu kecil Jintan Putih.
  • 1 sudu besar rempah beriani.
  • 100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.
  • sedikit buah kismis dan Jangus.
  • 1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.
  • 2 biji bawang besar telah dimesin halus.
  • 1 biji bawang besar dihiris.
  • 1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.
  • 1 sudu kecil Garam masala.-
  • Kayu manis 1, bunga lawang 3, cengkih 4 dan buah pelaga 4.

Cara-Cara Memasak:


  1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi.
  2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.
  3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.
  4. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.
  5. Tunggu sampau wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit – 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.
  6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

AIR ASAM:

  • Cili Api, Belacan Bakar, lada merah – masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).
  • Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.
  • Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata. Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Boleh juga tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.

Notes
Adapted from - Mohammad Roslan



No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...