Pages

Friday, April 11, 2014

KUIH CARA BERLAUK


Kuih ini menerupakan kegemaran saya ketika berpuasa. Biasanya kalau saya buat..makan nasi saya tak akan jamah. Cukup dengan secawan kopi dan cara berlauk ini. Cukup mengenyangkan. Untuk intinya boleh dibuat daging atau ayam kisae. Sesuai buat minum petang atau pun majlis keramian di rumah.


Kuih Cara Berlauk
Prep time

Cook time

Total time


Untuk Batternya
150 g tepung gandum
50 ml santan pekat
250 ml air
1 biji telur
1/2 sdt garam
1/2 sdt serbuk kunyit

Blend semua bahan, tapis dan ketepikan

Untuk Intinya

200 g daging kisar
2 sdb serbuk kari
1 sdb serbuk cili
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1"halia ditumbuk halus.
3 sdb minyak

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik baunya
Masukkan serbuk kari dan serbuk cili
Tumis seketika dan masukkan daging kisar.
Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sedikit air dan biarkan seketika sehingga daging masak adan agak kering.
Angkat dan sejukkan.

Bahan Untuk Taburan
2 biji cili merah dihiris nipis
1-2 tangkai daun bawang dan daun sup dihiris hipis.


Cara Menyediakanya

Panaskan acuan kuih cara, leserkan minyak dan curahkan adunan tepung tadi. Letakkan inti dan taburkan daun bawang dan cili merah. Biar seketika sehingga masak dan angkat.
Sedap dihidang bersama sos cili.

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...