Pages

Wednesday, November 20, 2013

HAINAN CHICKEN RICE - PATYSKITACHEN WAY.....


As Salam...saya masukkan entry Hainan Chicken Rice di FB saya jadi ramai teman-teman bertanyakan resipinya jadi saya masukkan di sini cara memasak nasi ayamnya...ayam panggangnya, sos cilinya dan sos kicapnya. Harap resipi ini dapat membantu...dan pada yang berminat membuat Hainan Nasi Ayam harus ingat jangan campur adukkan method Hainan dan Melayu. Saya dapati kebanyakan kedai-kedai jualan Nasi Ayam..Nasi Ayamnya dimasukkan kulit Kayu Manis dan rempah ratus..so bila kita buat begini keaslian Nasi Ayam ini sudah hilang...

Cuba resipi ini insyallah..pasti yang akan minta lagi..it's awesome and yummy...






Hainan Chicken Rice


Untuk Ayamnya
1 ekor ayam
4 ulas bawang putih di tumbuk kasar
1-inch halia dibuang kulit dan hiris halus

Perap:

3 sdb kicap cair
1 1/2 sdb madu
1/2 sdt  Chinese five-spice powder
1/2 sdt minyak bijan
1/4sdt garam
3 sdt serbuk lada putih (lada sulah)

Untuk Kulit:

1 tablespoon Chinese rice vinegar (clear in color)
1/2 teaspoon honey

Caranya

Bersihkan ayam dan lap keringkan.

Satukan bahan perap dan ratakan atas ayam. Masukkan bawang putih dan halia dicelah-celah ayam dan kemudian masukkan ke dalam bag ziploc. Masukkan bahan perap dalam bag ayam tadi dan perap semalaman. Boleh balik-balikan plastic untuk pastikan semua bahan sama rata.

Keesokan paginya ambil bahan sapuan, keluarkan ayam dari plastic dan buang bawang putih dan halia. Masakkan air panas dan mandikan ayam tadi dengan air panas. Lap dan keringkan ayam. Biasanya digantung macam di kedai nasi ayam biarkan lebih kurang 3 jam.

Panaskan oven 400 F. Masukkan roasting pan dan bakar ayam selama 15 minit dan balikkan panggang lagi sehingga ke kuningan.

Untuk Nasinya

4 cawan beras panjang
5 bii bawang putih
1' halia
1/2 pati ayam
4 cawan air rebusan tulang ayam
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
2 sdb mentega


Cara Membuatnya

Basuh beras dan ketepikan

Panaskan mentega dan masukkan daun pandan.

Tumis bahan tumbuk (halia dan bawang putih)...tumis sehingga naik baunya.

Masukkan air stok ayam dan sedikit chicken stok maggi dan garam

Masak sehingga nasi masak.

Untuk Membuat Sambalnya

11 bii cili merah
7 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Blend semua bahan sehingga halus dan pastikan rasanya cukup dengan garam, masam dan manisnya

Untuk Membuat Sos Halia

75 g halia
3 ulas bawang putih
3 bii limau kasturi
garam secukup rasa
5 tbsp chicken stock

Blend semua bahan dan pastikan secukup rasa

Untuk Membuat sos kicapnya

5 sdb  sos tiram
5 sdb kicap cair
5 sdb kicap pekat
air stok ayam...
3 sdb minyak bijan
3 sdb minyak bawang putih.....

cmpurkan semua bahan...

Untuk supnya

Air rebusan ayam..Saya gunakan tulang ayam..melainkan kalau nak buat ayam secara steam..saya rebus ayam.
pati stok ayam....
garam secukup rasa.

Untuk menghidangnya

nasi...
timun dibuang kulit dan dihiris
salad
buah tomato..
letakkan ayam curahkan sos kicap dan hidang bersama sos halia, sos cili dan sup...

masyallah ..HO CHIAK.....

© PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum paty..dah lama sya cari resepi ni baru jumpa..saya masuk list resepi ni yer tkasih krn kongsi resepi...jika ada kesuian intai2lah dapur saya...tkasih...
http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

Chik Mimi said...

sangat teruja tengok nasi ayam kak paty

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...