Pages

Monday, January 30, 2012

APAM SERI AYU



This steamed "kuih" has a fantastic aroma, the aroma of the screwpine leaves, the texture of the kuih is soft and spongy. Very nice and presentable for functions or party. Don't limit yourself to just green..you can make a colorful range if you like.

Print Options

Apam Seri Ayu



Bahan-bahan
  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula (*akak kurangkan kpd 270 gm je)
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara: 
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
  4. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Lama dah teringin hendak mencuba apam ini cuma baru kesempatan mencubanya semasa cuti baru-baru ini. Untuk resipi-resipi macam ini saya suka menggunakan air pandan supaya kuih ini harum dengan bau pandan ialah resipi ini banyak menggunakan telur jadi pati pandan boleh balancekan bau telur. Resipi saya ambil dari dapur Ummi - Home Sweet Home. Sebenarnya resipi ini tidak terhad kepada warna hijau aje..boleh juga gunakan warna-warna lain jika suka..malah chocolate pun nampak menarik.


Next Post - Kuih Mutiara Indonesia.

3 comments:

cik cek said...

Tengah malam singgah lagi ke sini...terbau harum pandam apam puteri Ayu....dah lama teringin nak buat...tapi sampai skrg tak terbuat2...:)

quinnie said...

sedapnya kak paty..saya sekarang tengah teringin nak makan kuih ni..huhuhu..malasnya nak buat...tapi nak makan..kekeke

Mas said...

hmm...putri ayu..
lama dah mas tak buar..
nampak gebusss

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...