Pages

Wednesday, June 28, 2017

PRINCESS DOLL CAKES



Satu pengelaman yang menarik apabila berdepan dengan sesuatu yang baru dan sesuatu yang kita sendiri tidak mempunyai sebarang idea tentangnya.....ha..ha I m happky bila anak saya challenge saya untuk membuat kek princess ini. Walaupun tidak pernah membuatnya dan tidak tahu membuatnya tetapi jika ada kesungguhan makanya tiada mustahil untuk menghasilkannya. Dunia sekarang just with one finger kita boleh merungkaikan segala yang mustahil.....makanya inilah hasailnya semuanya dari bimbingan youtube.

Saya menggunakan basic  buttercake dan hiasannya pula saya menggunakan fondant. Penting untuk menghasilkan kek ini ialah mendalami tekniknya...hiasan banyak bergantung kepada kreativiti. Bagi yang ingin mencuba bolehlah layari link ini

https://www.youtube.com/watch?v=niB2UkyARXc


Selamat mencuba.



ELYSA's FAIRIES TALES AND TEE PEE BIRTHDAY PARTY

My daughter wanted a Fairy Tales Princess birthday party for her little one this year and since its Hari Raya, I thought it would be perfect to throw her a mixed celebration of raya and bairthday.. I ran the idea with her and I really wanted to host a low key celebration that was casual and kid-friendly so we opted to have it at a park near our house. Tasik Titiwangsa was our choice. We invited our family and a few of my friends who are also mums brought their kids along too. 

I had a teepee  set up for the girls to enjoy themselves.





All the little fairy friends were dressed up in a custom designed handcrafted tutu dress and headband. The color theme incorporated the little one favorite pink and blue. This party is again filled with stunning and beautiful details. 





Other details check these out























Tuesday, May 30, 2017

MOROCCON MINT TEA/TEH PUDINA


Salam Ramadan semua, udah 3 hari kita berpuasa...alhamdulillah dan baru hari ini berkesempatan untuk update blog. Ramadan tahun ini saya menyimpan hajat untuk tidak menyentuh minuman bergula...ha..ha...itu pun disebabkan atas nasihat doktor supaya mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk mengawal kadar gula.

Bukan mudah tapi perlu dilakukan, so langkah pertama saya ialah berbuka dengan MOROCCAN MINT TEA, kerana ia cukup menyegarkan dan aroma dan rasa pudina menyebabkan teh ini sedikit pun tidak terasa yang ianya tidak bergula. Rasanya ini merupakan permulaan yang baik bagi meninggalkan tabiaat minum minuman bergula and so far so good.

Menyediakannya mudah aje, saya menggunakan cara shortcut tidak secara tradisional Moroccon asli , bancuh teh secara biasa dan rendamkan pudina di dalam, masukkan sedikit perahan lemon, maka minuman ini menjadi begitu segar dan harum....I really love this


Moroccon Mint Tea

    • Four cups of water
    • Two Lipton® Pure Green Tea bags
    • A bunch of fresh spearmint
    • A squeeze of lemon


    MOROCCAN MINT TEA PROCESS

    1. Boil four cups of water in your kettle.
    2. Pour the water into a teapot holding two Lipton® Pure Green Tea bags.
    3. Leave to steep for 10 minutes.
    4. Twist and tear up some fresh spearmint leaves. Put them in a glass, and pour the tea over them. This disturbs the mint, letting the flavor infuse quicker.
    5. Add a squeeze of lemon, and you’re done.


      Notes


      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

      Thank  You.

      Tuesday, May 09, 2017

      KEEMA DAGING



      Keema adalah masakan daging cincang berempah dimasak cara tidak berkuah. Hidangan keema ini terkenal di Pakistan India mahupun Timur Tengah. Terdapat berbagai variasi keema. Kita mempunyai pilihan untuk sama ada menggunakan rempah kari atau kurma. Untuk resipi kali ini saya menggunakan rempah kurma dan bahan sampingan yang saya gunakan untuk memeriahkan keema ini ialah karot dan kacang peas. Kentang juga merupakan pilihan yang baik jika suka

      Keema ini sedap dimakan bersama roti atau capati. Keema yang berlebihan boleh digunakan sebagai inti karipap, samosa atau bun


      Keema Daging

        • 150 gram daging lembu cincang 
        • 2 biji tomato masak ranum, cincang
        • 1 1/2 camca besar tomato puree
        • 2 camca besar rempah kari kurma atau briyani
        • 3/4 camca besar serbuk ketumbar
        • 1 biji lada merah, potong kasar2
        • 1 biji cili hijau, potong kasar2
        • 1/2 cawan kacang peas
        • 3/4 cawan karot dipotong dadu
        • 1 cawan air
        • 1 batang kayu manis
        • 1 kuntum bunga lawang
        • 2 camca besar minyak sapi
        • 2 camca besar minyak masak
        • Garam dan gula secukup rasa


        BAHAN KISAR HALUS :-)
        3 biji cili hijau
        5 biji bawang merah
        3 ulas bawang putih
        1 inci halia


        CARA MEMBUATNYA :-)


        1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan tomato puree dan tumis hingga garing, tambah bahan kisar halus + serbuk kurma daging + serbuk ketumbar, kacau rata dan masak hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan tomato cincang dan daging kisar, kacau dan masak hingga air daging kering
        2. Tambah kacang peas dan tuang air. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah cili merah, cili hijau, karot dan bawang besar yang dicincang tadi. Gaul rata, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti.

          Notes


          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          MOLTEN CHOCOLATE DONUT HOLES/DONUT BERINTI CHOCOLATE


          Bila tekak menginiginkan sesuatu yang manis selalunya saya akan buat donut balls ini, biasanya kosong aje dan disalut dengan gula ising. Tapi kali kita ke jauhkan sedikit, kita masukkan inti cokolate di dalamnya. Bila makan panas-panas chocolatenya akan meleleh macam Molten Lava Chocolate Cake, sedap gitu. 

          Tektur donutnya lembut dan gebu. R.esipi ini sesuai buat minum petang atau sarapan pagi.



          Molten Chocolate Donut Hole


          • 2 cawan high protein / tepung gandum (ayak 3x)
          • 2 sdb tepung jagung
          •  2 sdb butter
          • 1 sdb shortening
          • 1 sdb susu tepung
          • 1 sdb gula
          • 1/2 sk garam
          • 1 biji telur
          • 6g yis mauripan (agak2 1/2 packet lebih sikit)
          • 100ml air suam 
          • Gula icing secukupnya utk tabur/gaul
          • Hirisan Chocolate Masakan


          Caranya :

          1. Pukul telur & garam - kocok jer 
          2. Satukan semua bahan..masukkan telur tadi...Gaul sampai bersatu...
          3. Masukkan air sedikit demi sedikit..Uli sampai doh tak melekat ditangan 
          4. Rehatkan doh..tutup sebentar n biarkan doh naik 2x ganda Bila doh dah naik...tumbukkan doh dan untuk keluarkan angin Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil...Canai sedikit dan masukkan filling..tutup doh balik dan bulatkan semula..tekan sedikit, biar leper 
          5. Tunggu sebentar biar doh naik sedikit...goreng dgn api sederhana Dah sejuk, tabur 
          Notes


          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          You Might Also Like These

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...